Andainya lelaki tahu..
Dalam hati seorang perempuan..
Ada naluri untuk disayangi..
Ada rasa untuk diberi perhatian..
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya..
Ada waktu-waktunya minta ditemani kesedihannya..
Andai lelaki tahu..
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk..
Marah seorang perempuan perlu didekati..
Sedih seorang perempuan harus didengari..
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi..
Andai lelaki tahu..
Di sebalik seribu satu rasa itu..
Ada sekeping hati nan lembut..
Bukan untuk dimanjai..
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh..
Hanya perlu sedikit perhatian..
Agar rasa kasih itu terasa wujud..
Walau di saat Jauh..
Kerana andai lelaki tahu..
Hati ini akan sentiasa bertanya..
Pada diri seorang perempuan..
Wujudkan Cinta di hati lelaki..
Bila di saat jauh tanpa perkhabaran...
p/s : Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini..Cintailah seseorang itu kerana hatinya..bukan paras rupa semata-mata...
Sumber : JemieyJamilah@vespaclub91_lovehater
Tiada ulasan:
Catat Ulasan